Saturday, 16 August 2014

Salam perkenalan

Assalamualaikum...salam sejahtera.

Salam perkenalan.

Baru berkenalan dengan dunia blog. Pernah punyai blog sebelum ini, tetapi kerana ia dibangunkan oleh anak saya, saya gagal mengakses masuk semula disebabkan terlupa kata laluannya.

Selama ini saya cemburu melihat orang lain mencatat pelbagai perkongsian dalam blog masing-masing.

Selalu saya rasakan keinginan untuk berkongsi idea dengan masyarakat. Untuk menulis dan dihantar ke mana-mana penerbitan, belum tentu akan diterbitkan. Medium ini mungkin yang terbaik untuk menjadi tapak perkongsian apa yang ada di minda.

Mudah-mudahan langkah awal di subuh bening ini diberkati Allah, dan apa yang dititipkan menjadi manfaat buat semua pembaca serta menjadi bekal buat saya di 'sana'. Jadi panduan untuk anak-anak dan semua pembaca.

Sekian dahulu. Harapan menggunung saya, agar langkah ini tidak terhenti di sini. Doakan ya.


2 comments:

  1. Salam Puan Azzah. Selamat bertemu di dunia blog :) Boleh lawati blog perjalanan peribadi saya di saadahkhair.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Saadah. Masih bertatih ni.

    ReplyDelete